Monday, September 5, 2011

eidul fitri sana sini

slamat hari raya eidul fitri kepada semua..tahun ni aku beraya diperantauan..sedih tu sedih gak ler tapi dah biasa hidup berjauhan dgn kaum kerabat ni, masih blh gelak ketawa lagi ler..tahun ni aku tak sempat pun nak buat kuih raya ,maklumlan sibuk menjahit baju raya anak-anakku..so tumpang kuih orang jelah..bulan puasa lepas aku dapat satu resepi baru. pernah makan pisang goreng yang rangup salutannya? krup krap krup krap..slalu bila aku beli pisang/cempedak goreng kat gerai mesti ada serbuk yg krup krap tu..selama ni aku terfikir cam ner la nak buat adunannya tu ..so fikir2 campur ngan kajian dapatlah idea ni...jom kongsi ..

Bahan2nya
3 cwn tepung beras
1 cwn tepung goreng segera
1/2 cwn tepung ubi kayu
sebiji telur
1 cmt garam
1 cmt serbuk kunyit
sedikit air kapur
air secukupnya

Caranya
campur semua adunan dan kacau hingga sebati. bila nak goreng cempedak ke ,pisang ke atau apa-apalah celup je dlm adunan ni..mcm biasa ler..


selamat mencuba!

Monday, July 11, 2011

Puasa

Ramadhan dah nakmenjelma beberapa hari saja lagi..dok ada dlm 20 hari lagi..sebelum ramadhan tiba,bagi yang belum menyempurnakan puasa ganti tu cepat2lah ganti dr sekarang ye..kalu lambat sat gi kena bayar fidyah plak..satu hari 1 cupak beras..i pun skarang ni tgh giat mengganti puasa..mula2 ganti tu punyalah sakit kepala ni ,angin naik kat kepala kot..skarang ni ok skit, dah biasa..w/pun lapar tp masih gagah pegi sana sini..ada bagus gak puasa sebelum ramadhan ni coz kite blh latih perut kite dr awal..nanti tak ler bila masuk awal ramadhan dah tak larat,perut pun terkejut sebab mkanan tak masuk...so, i sarankan pd bulan shaaban ni kita pakat puasa isnin dan khamis, kalu tak sebab ganti pun dapat ler gak pahala...dan jangan lupa 15 shaaban ni adalah nisfu shaaban, sunat kita berpuasa..chowwwww!!!!

Saturday, June 11, 2011

Balik kampung




Cuti sekolah dah bermula..jeng jeng!apa tunggu lagi, kemas barang balik kampunglah.Inilah masanya nak tengok kampung halaman,maklumlah bila dah kawin ni kena plak dok di perantauan ..so,hari khamis kami trus blah..on the way tak sangka plak kami tersinggah di ladang anggur kat Sik,Kedah..Wowww!! Sronoknya.Tak payah buang duit p Eropah sana , kat Kedah je buah anggur berlambak..manis plak tu..rasa cam tak mau balik je,nak tido kat ladang anggur..kalu nak info lebih lanjut layarilah laman ni http://www.berislakegrapes.com.my/ so,layaaaannnnnnn!!!




Tak sabar nak tengok anggurrrr.. jom!







ish ish ish...geramnya.



blh tgk saje "dilarang memetik"




Sunday, May 22, 2011

Kuih Bom Ubi Kayu











Bahan-bahan:
A
2 kilo ubi kayu
kelapa parut - dr sebiji kelapa
200 g gula
garam secukup rasa

B
sedikit tepung beras
sedikit tepung goreng cucur
air kapur
serbuk kunyit
garam
sedikit air
(campurkan semua bahan B dan gaul sebati)

Caranya:
1.Ubi kayu direbus dan ditumbuk sehingga hancur.
2.Kelapa parut digaul bersama dengan gula dan garam dan satukan dengan ubi kayu.gaul sebati.
3.Setelah sebati,bulatkan sebesar bola ping pong.
4.Kemudian salutkan dgn bahan B dan goreng sehingga agak perang.
5.Angkat,tos dan hidangkan.




note: Kuih ni memang kesukaanku..sebelum ni i reti beli saja tapi tak tau buat mcm mana..bila my hubby korek ubi kayu yg ditanamnya depan rumah,mulalah terbayang kuih ni.so semalam kami bergabung tenaga memproses kuih ni.i tukang rebus,tumbuk dan uli,my hubby tukang adun mengadun dan Mak Yang tukang buat bater dan goreng..Hasilnya..wowwww! i blh makan sampai 6 biji..mak mertua i lagi la,bawak lari satu bowl....!

Wednesday, May 18, 2011

Puding Biskut












Bahan-bahan:
A
1 bungkus agar-agar (25g)
7 cawan air
2 cawan gula
1 buku butter (250g)

B
3 biji telur
1 tin susu cair
5 camb. tepung kastad
1 camt. esen vanila

C
1/2 kilo Biskut
( guna biskut empat segi panjang yg ada lapisan coklat skit kat dalamnya. tak tau plak namanya.biskut ni ada yg bergula dan ada yg tidak.biskut ni lebih sedap drpd biskut lain)

Caranya:
1.Masak bahan A hingga hancur.
2.Campur bahan B dan masukkan dalam Bahan A.Kacau sehingga pekat.
3.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan. Tuang lapisan pertama ke dalam bekas dan agak-agak beku skit susun biskut di atasnya hingga penuh.Kemudian tuang lagi lapisan ke dua dan ulangi langkah seperti tadi sehingga habis.
4.Masukkan dalam peti sejuk.
5.Tunggu apa lagi.....ngappp ler.

Note: Puding ni teramatlah sedap..kalu tak percaya blh cuba. Sebenornya resepi ni i ambik drp kawan dan kawan ni plak ambik drp kawan dia masa jaga SPM. Wah! cbuk2 jaga periksa pun masih sempat bertukar resepi!! Apa pun tak rugi ...sebab puding ni memang yummy! Cuma jgn dibuat selalu takut nanti jadi dinasor!!